Friday 17 October 2014

Tips

Berikut adalah nasihat untuk mereka yang pertama kali ingin mencuba Jaamu Warisan Keluarga (MWK)


  • Dinasihatkan membuat Urine Pregnancy Test  untuk memastikan  anda tidak hamil 


  • Mula makan pada hari ke 3 @ 5 dalam period, sekiranya tempoh period 5 hari. Mula makan pada hari ke 3. Sekiranya tempoh period 7 hari, mula makan pada hari ke 5. 


  • Bagi yang sedang mengambil pil perancang (OCP) dan ingin bertukar kepada MWK, perlu habiskan dahulu pil perancang  (OCP) yang anda makan. Setelah habis pil perlu rehat 7 hari. hari ke 8 selepas rehat terus makan  MWK tanpa tunggu hari ke 3 @ 5 period terus saja sambung makan MWK (tidak digalakan makan terus  MWK tanpa rehat 7 hari)


  • Bagi yang menggunakan kaedah alat dalam rahim (IUD) dan implan seeloknya buang dahulu alat dan dan mula makan MWK pada hari ke 3 @ 5 sedang datang period. 

  • Bagi yang menggunakan cara injection perlu memastikan  dosenya telah expired. Mula makan pada hari ke 3 @ 5 sedang datang period. 

  • Bagi ibu-ibu selepas bersalin, mula makan pada hari ke 40 ke atas dalam pantang. Semasa makan MWK ini segala  ubatan dalam  tempoh berpantang hendaklah dihentikan. Ini kerana campuran ubatan dalam pantang akan menyebabkan badan menjadi lebih panas. lagi bimbang keadaan tidak diingini terjadi dan efek pada bayi yang anda susui. 

  • Selepas keguguran  teruskan serta merta makan MWK

  • Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin - mengalami masalah keputihan, kegatalan, bau, dan senggugut yang teruk adalah dinasihatkan agar mengambil maajun ini selama 5 hingga 7 hari bagi merawat  masalah yang dialami. Setelah itu berhenti  dan ambil pula  dibulan hadapan. Begitulah seterusnya sehingga  masalah yang dialami itu hilang. 


  • Bagi golongan  warga emas - mengalami sakit sendi, lutut, lenguh-lenguh badan disyorkan  ambil MWK selama 7 hari  dan semasa anda merasai simptom-simptom tersebut sahaja.

No comments:

Post a Comment